Dec 17, 2009 Pilih PSP terbaik untuk anda. (PSP review)


S.T.G (Saya tumpang gembira).

Bagi bakal-bakal pemilik Psp di Tanah Melayu yang baru sahaja ingin melibatkan diri dalam gadget ini, saya mempunyai beberapa saranan dalam memilih model yang terbaik untuk anda. Seperti mana yang anda ketahui, Psp telah mempunyai 4 generasi dan generasi yang paling latest adalah Psp Go. Anda boleh melihat sedikit sebanyak perbezaan di antara keempat generasi tersebut dalam gambar di bawah.






Psp 1000 (PHAT)



















Kelebihan
  • bunyi yang lebih kaw
  • ketahanan bateri yang lebih lama.
  • hackable.
  • pandora enable.
  • lebih grip dan mudah untuk dipegang.
  • lebih murah.
Kekurangan
  • lebih berat dan tebal.
  • skrin yang lebih malap.
  • sistem yang lebih perlahan.
  • kurang aksesori di pasaran









PSP 2000














Kelebihan
  • lebih nipis dan ringan.
  • skrin yang lebih terang.
  • boleh di hack ( kecuali mobo v3 yang hanya 'temporarily hackable') ( Maklumat mengenai 'temporarily hackable di sini)
  • pandora enable ( mobo v2 and below)
  • pelbagai aksesori tambahan yang boleh di dapati.
  • loading game lebih laju berbanding Psp 1000.(RAM lebih tinggi).
  • boleh dicas menerusi usb cable walaupun cara ini agak lambat untuk mendapatkan 100% fully charge.
  • mempunyai fungsi video output. Boleh memainkan digital media di tv anda tetapi tidak bagi game. (tidak disertakan dalam set psp).
  • kurang mempunyai masalah mengenai pixels skrin.
  • mempunyai kombinasi warna yang lebih baik.
  • kedudukan speaker yang lebih baik.
Kekurangan.
  • bateri tidak mempunyai ketahanan yang lama (shoter playable time than psp 1000).
  • UMD tray tidak nampak kukuh.
  • tempat memory stick agak kurang ketahanan.
  • penutup bateri tidak menunjukan ketahanan berbanding psp 1000.




PSP 3000



















Kelebihan.
  • skrin anti-pantulan cahaya. (berguna apabila bermain di lokasi yang terdedah dengan matahari)
  • bentuk dan fungsi tidak banyak berbeza berbanding psp 2000.
  • skrin contrast yang lebih tinggi.
  • lebih kombinasi warna dalam paparan skrin.
  • fungsi microphone.
  • permukaan yang lebih rata di setiap bucu untuk keselesaan semasa bermain.
Kekurangan.





PSP Go.



















Kelebihan?
  • pelbagai kelebihannya jika kita bukan 'unpiracy user'.
  • 16gb storage. (internal)
  • lebih selesa untuk dipegang.
  • butang kontrol yang disediakan lebih selesa.
  • lebih kecil dan ringan.
  • mempunyai fungsi bluetooth.
Kekurangan?
  • harga=ps3? semamangnya mahal.
  • masih lagi tidak boleh di hack.
  • skrin yang lebih kecil berbanding psp yang lama.

Jika anda masih berminat untuk mendapatkan Psp 1000 atau 2000 dan ingin melihat perbezaan antara dua gadjet ini, saya syorkan anda usha pada "show page"  ( show page).


Glosari

  • hack = ubah, godam.
  • emulator=menjadikan psp berfungsi dalam memainkan permainan daripda gadget yang berbeza seperti Ps1 dan gameboy.
  • plugins=menambah fungsi Psp daripada yang sedia ada.
  • motherboard=papan litar/hardware utama dalam Psp.
  • RAM=sistem/hardware yang digunakan untuk meningkatkan tahap kelajuan pemprosesan Psp.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

1 comments:

HKTL Terus Maju said...

hello bro...
nk tny ni...psp apa yg patut sy beli..?
sy nk leh main download game,video,n bleh main game kt tv..firmware apa yg patut sy pkai?
harap bro leh tlg sy memilih yg trbaik..thanks bro..

Post a Comment

 
Copyright 2010 PSPMalaya
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint